If you never thank to ALLAH after every SMILE Then you have no right to blame HIM for Every TEARS

Kita Tak Tahu Isi Hati Orang


Sehingga tak dapat dibezakan yang mana baik, yang mana buruk, yang mana satu mukmin dan yang mana yang munafiq.
Allah pun tak mahu menunjukkan kepada kita perkara yang Ghaib. Yang disimpan oleh hati kaum munafiqin, kekufurannya, yang menzahirkan Islamnya. Kita tak diberitahu oleh Allah yang mana satu munafiq dan mana yang bukan.

Kenapa Allah swt tidak menunjukkan? Ia supaya kita tidak mudah menghukum orang lain dengan isi hati orang. Yang berhak menghukum isi hati adalah Allah swt. Kalaulah semua orang boleh tahu perkara yang disimpan dalam hati, maka tak ada orang boleh hidup tenang. Kita akan mudah menghukum sesama manusia.

Tetapi Allah swt menzahirkan secara praktikal. Melalui perbuatan yang dinampakkan oleh mereka sendiri. Perbuatan orang yang tidak betul. Pada akhirnya mereka akan terungkap dengan ketidakbenarannya.


Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

No comments: