If you never thank to ALLAH after every SMILE Then you have no right to blame HIM for Every TEARS

Dugaan dan Kesedaran

Seringkali aku bersedih bila ada sesuatu yang tak boleh diterima oleh diri ini.
Aku kecewa, menangis, membawa diri dan hilang dari pandangan orang.
Semua terjadi tanpa aku sedar.
Dari mana datang silap itu?
Dari diri aku sendiri?
Atau orang lain?
Selama ni aku lalai dan alpa atas kebesaran Allah.
Aku lupa bahawa Allah Maha Pemberi Nikmat dan Keberkatan.
Dan bila-bila masa juga Allah berhak untuk menarik semula pemberianNya.

Selama ini aku fikir aku sudah bahagia dan ada segala yang aku mahu di dunia ini.
Tetapi aku silap, sungguh.. aku silap.
Bahagia akan ada jika adanya keberkatan dari Allah.
Adakah bahagia yang selama ni aku rasa dapat berkat dari Nya?
Sesekali aku bersyukur dan sesekali juga aku lupa untuk bersyukur.

Suatu malam.
Aku di duga.
Hatiku terluka.
Jiwaku seakan tak mahu lagi hidup.
Saat itu aku benar-benar terduduk.
Harapan, impian, perasaan, hati.. semuanya kabur dari pandangan ku.
Aku menangis sepenuh hati.
Senyuman aku hilang serta merta.
Aku tak boleh berfikir apa yang seterusnya.
Dan apa yang harus aku buat untuk perbetulkan segala yang terjadi?
Aku mencari peluang.
Aku mencari kesempatan.
Aku merayu.
Aku mengejar.
Ya Allah..kuatnya dugaan yang aku dapat.

Aku lupa saat itu aku masih punya keluarga dan sahabat.
Yang selama ini aku kurang memberi perhatian.
Mereka lah yang memberi aku semangat.
Dan yang paling penting.
Aku percaya Allah.
Allah tidak akan menduga aku jika Dia tidak sayang pada aku.
Aku tahu Allah sangat merindui ku.
Aku tahu Allah rindu untuk mendengar doa-doa ku.
Selama ni aku terlalu sibuk dengan duniaku.
Ampunkan aku Ya Allah, sesungguhnya aku alpa.
Aku percaya kebesaranMu.
Aku percaya qada' dan qadar Mu.
Aku menangis.

Berikan aku semangat Ya Robbi.
Berikan aku cahaya petunjukMu.
Tunjukkan aku jalan yang mana.
Berikan aku nampak yang baik pada masa depan ku.
Terima Kasih Ya Allah kerana menduga ku.
Aku bersyukur kerana aku disayangi oleh Mu.

Aku berdoa agar si dia nampak akan kekuasaanNya.
Aku sentiasa berharap dia dilindungi olehNya.
Aku mahu dia tabah menempuh masalah-masalah yang menimpa ke atas dirinya.
Aku berharap agar Allah lembutkan dan menerangi hatinya.
Aku percaya dia punya hati yang baik.
Cuma perlu sedikit ilmu Allah perlu dititis ke dalam dirinya.
Untuk jadikan dia seorang hamba Allah yang soleh.

Amin.

Terima Kasih kerana sudi membaca.
Wassalam.
Leya Omar

No comments: