If you never thank to ALLAH after every SMILE Then you have no right to blame HIM for Every TEARS

Akan berlaku penghijrahan status hujung bulan 3 ni. Doakan yang terbaik bagiku..
Terkadang, musibah itu adalah baik buatmu..kerana dengannya engkau segera kembali kepada Allah... Terkadang, kesenangan itu adalah celaka buatmu..kerana dengannya engkau jauh dari ALLAH
My best time were when I felt close to you, but everything fell apart the moment I strayed from you.
In each smile, In every single sigh, every minute detail..Traces of you I found there

Wherever you are I'll find you, cause you're the one I turn to
Wherever you be I'll be with you, cause you're the one my heart is to
Wherever you are I'll follow you, cause you're the one I turn to
Wherever you be I'll be with you, cause you're the one my love is to
I NEED YOU
I NEED YOU
I NEED YOU

To see your smile, I would pass every trials
Desperately I await for the day when I;m by your side
Wherever you may be
I'll follow you till I see
In my heart you will be
Your love is all I need

I will search till we meet....... I love you Allah
Each moment contains a hundred messages from Allah

"To every cry of "Ya Allah", HE answers a hundred times, "I am here".

Nyawa & Harta

Mana yang lebih berharga didunia antara Nyawa dan Harta? Nyawa...
Tidak semua orang akan diduga akan nyawanya. Tetapi semua orang akan diduga akan Hartanya. Tidak semua orang boleh terlepas dari dugaan Allah pada hartanya. Tidak kira seseorang itu miskin atau kaya.
Tidak semua orang akan diduga pada nyawanya. Kerana dugaan ke atas nyawa hanya pada kematian, pembunuhan, luka dan penyakit.

Tidak akan tergelincir kaki seorang hamba nanti di hari akhirat kecuali akan disoal oleh Allah akan 4 perkara:

Masa mudanya -  Apa yang dia telah habiskan?

Umurnya -  Apa yang dia telah pergunakan?

Ilmu - Apa yang dia buat?

Harta - Daripada mana dia dapat? Bagaimana cara dia dapat? Bekerja? Jujur? Amanah? Menipu? Kepada mana harta yang digunakan?

Ini semua Dugaan Allah kepada manusia. Lebih baik adalah orang yang pandai menyingkapi dalam senang dan orang yang bijak pandai menghadapi kesusahan. Bersyukur akan apa yang diberi Allah. Alhamdulillah.

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

Kita Tak Tahu Isi Hati Orang


Sehingga tak dapat dibezakan yang mana baik, yang mana buruk, yang mana satu mukmin dan yang mana yang munafiq.
Allah pun tak mahu menunjukkan kepada kita perkara yang Ghaib. Yang disimpan oleh hati kaum munafiqin, kekufurannya, yang menzahirkan Islamnya. Kita tak diberitahu oleh Allah yang mana satu munafiq dan mana yang bukan.

Kenapa Allah swt tidak menunjukkan? Ia supaya kita tidak mudah menghukum orang lain dengan isi hati orang. Yang berhak menghukum isi hati adalah Allah swt. Kalaulah semua orang boleh tahu perkara yang disimpan dalam hati, maka tak ada orang boleh hidup tenang. Kita akan mudah menghukum sesama manusia.

Tetapi Allah swt menzahirkan secara praktikal. Melalui perbuatan yang dinampakkan oleh mereka sendiri. Perbuatan orang yang tidak betul. Pada akhirnya mereka akan terungkap dengan ketidakbenarannya.


Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
Kita asyik memikirkan tentang JODOH,
sedangkan kematian juga sudah tertulis di loh mahfuz.
Bila-bila saat juga kita bakal dijemput Ilahi.

Rezeki

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Esa
"Hasbi Rabbi Jalallah..
Maafi Qalbi Ghairullah..
Nur Muhammad Salallah..
Laa ilaa ha ilallah 3x
Muhammadur Rasullullah"

Takdir...

Takdir kadang-kadang menemukan kita dengan sesuatu yang tak di undang.
Memberi apa yang tak di rancang.
Memaksa kita melahirkan air mata kesedihan.
Serta buat kita rasa kehilangan.

Tapi takdir juga mengajar kita erti pengenalan.
Mengenal erti kasih sayang.
Menanam erti persahabatan.
Mempunyai kemanisan dalam kegembiraan.
Dan punyai ikatan keakraban.

Juga memberi peluang menilai siapa sahabat,
siapa kawan,
dan siapa kenalan yang mengisi ruang dalam episod kehidupan kita ni.

Bagi aku..
Indahnya lah takdir.
Menemukan aku dengan kamu,
Menemukan aku dengan dia,
Menemukan aku dengan kalian,
Menemukan aku dengan mereka.
Walau dalam hidupku ada yang sudah 'hilang' dari pandangan mata.
Menyepi tanpa khabar berita.
Namun doa aku untuk semua, agar semua berada dalam rahmatNya.

Salam rindu aku titipkan moga jalinan ukhuwah kita kekal sampai ke syurga.

Dan kini aku menerima takdirku.
Memberi kata redha yang ikhlas.
Atau memberi kata pasrah yang berserah.
Aku akur jika pertalian silaturrahim aku dengan si dia hanya sampai di sini.
Mungkin antara aku dan dia bukan jodoh dari tuhan. 

Aku perlu tabah menerima takdirku sekarang.
Dugaan kali ni Allah beri amatlah kuat.
Aku terduduk untuk mengenal diriku semula.

Takdir Allah.
Takdir yang tak boleh kita lawan.
Semua sudah tertulis.
Akal fikiran jangan lupa digunakan dalam melangkah ke setiap perjalanan hidup.
Jangan berfikir menggunakan hati dan nafsu.
Kerana ia mengundang bencana.

Wasslalam.



Dugaan dan Kesedaran

Seringkali aku bersedih bila ada sesuatu yang tak boleh diterima oleh diri ini.
Aku kecewa, menangis, membawa diri dan hilang dari pandangan orang.
Semua terjadi tanpa aku sedar.
Dari mana datang silap itu?
Dari diri aku sendiri?
Atau orang lain?
Selama ni aku lalai dan alpa atas kebesaran Allah.
Aku lupa bahawa Allah Maha Pemberi Nikmat dan Keberkatan.
Dan bila-bila masa juga Allah berhak untuk menarik semula pemberianNya.

Selama ini aku fikir aku sudah bahagia dan ada segala yang aku mahu di dunia ini.
Tetapi aku silap, sungguh.. aku silap.
Bahagia akan ada jika adanya keberkatan dari Allah.
Adakah bahagia yang selama ni aku rasa dapat berkat dari Nya?
Sesekali aku bersyukur dan sesekali juga aku lupa untuk bersyukur.

Suatu malam.
Aku di duga.
Hatiku terluka.
Jiwaku seakan tak mahu lagi hidup.
Saat itu aku benar-benar terduduk.
Harapan, impian, perasaan, hati.. semuanya kabur dari pandangan ku.
Aku menangis sepenuh hati.
Senyuman aku hilang serta merta.
Aku tak boleh berfikir apa yang seterusnya.
Dan apa yang harus aku buat untuk perbetulkan segala yang terjadi?
Aku mencari peluang.
Aku mencari kesempatan.
Aku merayu.
Aku mengejar.
Ya Allah..kuatnya dugaan yang aku dapat.

Aku lupa saat itu aku masih punya keluarga dan sahabat.
Yang selama ini aku kurang memberi perhatian.
Mereka lah yang memberi aku semangat.
Dan yang paling penting.
Aku percaya Allah.
Allah tidak akan menduga aku jika Dia tidak sayang pada aku.
Aku tahu Allah sangat merindui ku.
Aku tahu Allah rindu untuk mendengar doa-doa ku.
Selama ni aku terlalu sibuk dengan duniaku.
Ampunkan aku Ya Allah, sesungguhnya aku alpa.
Aku percaya kebesaranMu.
Aku percaya qada' dan qadar Mu.
Aku menangis.

Berikan aku semangat Ya Robbi.
Berikan aku cahaya petunjukMu.
Tunjukkan aku jalan yang mana.
Berikan aku nampak yang baik pada masa depan ku.
Terima Kasih Ya Allah kerana menduga ku.
Aku bersyukur kerana aku disayangi oleh Mu.

Aku berdoa agar si dia nampak akan kekuasaanNya.
Aku sentiasa berharap dia dilindungi olehNya.
Aku mahu dia tabah menempuh masalah-masalah yang menimpa ke atas dirinya.
Aku berharap agar Allah lembutkan dan menerangi hatinya.
Aku percaya dia punya hati yang baik.
Cuma perlu sedikit ilmu Allah perlu dititis ke dalam dirinya.
Untuk jadikan dia seorang hamba Allah yang soleh.

Amin.

Terima Kasih kerana sudi membaca.
Wassalam.
Leya Omar